Photobucket

Hitam Putih Kehidupan




Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

by sheila majid

Monday, May 31, 2010

JAHILIAH MODEN


ISNIN -31 MEI 2010


Kategori:



Saban hari, ada sahaja terpampang di akhbar-akhbar tempatan tentang kes pembuangan bayi. Nampaknya, kes ini dilihat seperti tali yang tidak terputus. Liputan kes ini mendapat liputan yang bertali arus. Istighfar dan menggeleng kepada merupakan reaksi spontan bagi mereka yang berjiwa manusia.

Namun, adakah pemimpin-pemimpin kita pada hari ini beristighfar panjang dan menggelengkan kepada apabila membaca berita-berita seperti ini? Sekiranya mereka beristghfar dan menggelengkan kepala mereka yang memegang kekuasaan?


Nampaknya pemerintah-pemerintah sekular hari ini hanya memekakkan telinga dan membutakan mata lantaran kes ini. Akal fikiran juga tidak digunakan untuk memahami nas, tetapi menggunakan logik akal manusia untuk menyelesaikan masalah. Maksud firman:

"Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)" [al-Furqan:44]

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." [al-A'raaf:179]

Ayat-ayat di atas menunjukkan Allah SWT menempelak manusia yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk menerapkan sistem Islam dalam kehidupan. Perkara ini dapat dilihat dalam arus kehidupan sekularism masa kini yang ditinggalkan oleh penjajah kufur.

Mereka hanya menggunakan logik akal manusia dan undi majoriti manusia di dalam parlimen untuk menerapkan hukum ciptaan manusia yang serba pincang dan penuh dengan cacat cela. Dalam kes pembuangan bayi ini, pemerintah dilihat gagal menyelesaikan masalah kerana hukum yang digunapakai adalah sistem ciptaan manusia. Siapakah manusia untuk mencipta undang-undang? Sesungguhnya, hanya Allah Yang Maha Bijaksana sahaja yang layak mencipta undang-undang yang sempurna.

Kes pembuangan bayi ini melibatkan terlalu banyak maksiat seperti zina, pembunuhan, dan pembuangan bayi. Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini, tanggungjawab menyelesaikan masalah ini terletak pada bahu pemerintah. Kerana merekalah yang memegang kekuasaan.

“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .(Riwayat Muslim dari Abi Said Al-Khudri)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...