Photobucket

Hitam Putih Kehidupan




Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

by sheila majid

RESEPI















ANEKA LAUK-PAUK

1. Barbeque Ayam Berempah
Bahan-bahannya
1 kg ayam @ 1kg kepak ayam
4 sudu besar serbuk cili
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
10 batang serai(dihiris halus)
2 sudu besar jintan manis (blender kering)
1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

  • caranya

    Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering.
  • Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap)




2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit
Bahan-bahannya
Ayam seekor di potong ikut selera
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili Api kampung 20 biji
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- dua biji tomato dibelah empat
- Sedikit kunyit serbuk
- Sehelai daun kunyit disimpul
- Santan RM1.00 bahagikan dua

caranya



  • Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang sederhana.
  • Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika.
  • Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi.
  • Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam api.




3.Ayam Percik Special
Bahan-bahannya




  • 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
    3 batang serai
    2 inci halia
    3 biji bawang putih
    4 biji bawang merah 
    Bahan B:
    1 1/2 cawan air asam jawa pekat
    7 sudu besar gula
    garam secukupnya 
    Bahan C:
    6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
    1 cawan santan pekat
    caranya

    Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  • Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa.
  • Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
  • Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
  • Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)
  • Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.




4. Ayam Berempah Ala Sate
Bahan-bahannya
  1/2 ekor ayam
Bahan untuk dikisar:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit serbuk kunyit
garam
gula melaka

caranya


  • Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga
    hancur.
  • Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api sederhana dan tutup sehingga ayam masak.
    Selamat mencuba

5. Ayam Masak Merah
Bahan-bahannya
Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

caranya




  • Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
  • Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.
  • Apabila telah kering bolehlah diangkat.




 6. Ayam & Sayuran Masak Paprik

Bahan-bahannya 500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

caranya
  • Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
  • Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
    Masukkan daun limau purut untuk baunya.
  • Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

 7. Ayam Panggang Lemak
Bahan-bahannya

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati.
Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
10 ulas bawang merah sederhana besarnya.
10 biji bunga cengkih
3 keping asam keping
5 helai daun limau parut
Sehelai daun kunyit
3 Helai daun salam
Garam secukup rasa

caranya
  • Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah.
  • Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
    Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam.
    Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
  • Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
    Setelah kering santan, barulah diangkit.
    *Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.
    *Susun dengan taburan sohon goreng.

8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering
Bahan-bahannya
½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

caranya
  • Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).
  • Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.
  • Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.
  • Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

9. Ayam Bakar Mayonis
Bahan-bahannya 

1 ekor ayam yang bersaiz serdahana
1 bungkus kecil rempah kari ayam
5 sudu mayonis
Sedikit garam dan kunyit

caranya
  • Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
  • Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.

10. Ayam Masak Siam
Bahan-bahannya
5 ketul dada ayam
2 ketul kiub ayam
2 sudu besar lada giling
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang besar(potong 4)
2 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
1 biji limau purut (ambil airnya)
Sedikit minyak untuk menumis

caranya
  • Dada ayam dipotong kecil-kecil.
  • Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau.
  • Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut.
  • Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup masakan  dengan penutup sebentar.
  • Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan bawang besar.
  • Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan.

11. Gulai Lemak Ikan Haruan
Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruan
kelapa parut 1/2 biji
Cili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup rasa.

caranya
  • Ikan dibersihkan.
  • Tumbuk cili padi sampai lumat.
  • Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat.

 12. Ikan Merah Bersos Cili
Bahan-bahannya
400 gm ikan merah
150 gm cili kering
75 gm serai
100 bawang putih
100 bawang merah
1/2 sudu besar belacan

1 liter minak masak
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
10 helai daun limau purut
100 gm cili sos

caranya
  • Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  • Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika.
  • Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan.

13. Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahannya
seekor ikan siakap(sederhana besar)
-2 batang serai dititik
-satu inci halia dipotong halus
-daun bawang, sup
-sebiji bawang besar dihiris bulat
-cili besar(belah dua) dan asam boi
-rempah tomyam(botol),minyak jagung
-2keping nenas keping, jeruk mempelam
gula,garam & bahan perasa(secukup rasa)

caranya
  • ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai).
  • masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi.
  • hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam.
  • masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah selama lebih kurang 10 minit.

14. Ikan Cencaru Goreng Terutup
Bahan-bahannya
3 ekor ikan cencaru (bersihkan)
-lada kering*
-bawang merah*
-sedikit halia*
-2 batang serai*
-air asam jawa
-garam,gula & sedikit perasa
-minyak masak
(kisar bahan yg bertanda * )

caranya




  • goreng ikan cencaru
  • panaskan minyak
  • masukkan bahan2 yg dikisar tadi
  • biarkan hingga naik bau
  • masukkan sebatang serai yg telah dititik
  • masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi
  • masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa..
  • biarkan selama 2 minit
    mesti sedap punya... Selamat mencuba

15. Bawal Masam Manis
Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

caranya
  • Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.
  • Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.
  • Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

16. Ikan bungkus daun pisang
Bahan-bahannya
3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-kisar halus
2 ulas bawang putih-kisar halus
3 sm halia-kisar halus
1 batang serai-kisar halus
2 sudu besar cili pes
1 helai daun kunyit-hiris halus
1 keping asam-hiris halus
100 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

caranya
  • Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja)
    dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat.
  • Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan ke atas ikan.Gaul rata.
  • Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan ratakan ramuan serta lipat.
  • Bakar di atas arang api sehingga wangi.
  • Hidang panas.

17. Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia

Bahan-bahannya

600 gm bawal kecil
20 gm halia muda. diracik halus
100 gm tomato, diracik halus
100 gm cendawan hitam
5 gm garam
Sedikit lada putih
1 gm minyak bijan
10 gm cili merah, diracik halus
15 gm daun parsli cina
60 gm minyak halia
100 gm kicap cair
20 ml stok ikan

caranya
  • Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan minyak bijan.
  • Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar.
  • Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.

18. Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya
1 kilo ikan keli [dipanggang]
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa
caranya

  • Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
    dan buah cekur sehingga lumat.
  • MAsukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan
    dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
  • MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
    sederhana.
  • Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
    gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
  • Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi..
    Senang jerkan ....kalau pedas lagi best..
    Selamat mencuba

19. Cencaru Bersumbat

Bahan-bahannya

2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat
Minyak untuk dilengser
1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat
½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat
8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat
3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat
1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat
½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat
½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat
1 camca besar cili giling-untuk disumbat
Garam secukup rasa-untuk disumbat
1 biji telur-untuk disumbat
½ cawan serbuk roti-untuk disumbat

caranya
  • Cairkan mentega di dalam periuk.
  • Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan bawang putih. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti.Kacau hingga ia sebati.
  • Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c.
  • Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.

20. Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahannya
 
600 gm ikan pari
300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia

caranya
  • Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak.
  • Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing.
  • Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata.
  • Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata.

21. Daging Gulung Bakar
Bahan-bahannya
4 biji kentang, direbus dan dilenyek
200 gm keju parut
Sedikit garam
½ camca teh serbuk lada putih
1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus
1 cm halia, dikisar
Sedikit daun ketumbar
5 ulas bawang putih, ditumbuk
500 gm daging cincang
2 batang lobak merah, diparut

caranya
  • 1 cm halia, dikisar
  • Sedikit daun ketumbar
  • 5 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 500 gm daging cincang
  • 2 batang lobak merah, diparut

22. Daging Masak Kicap Lada Hitam
Bahan-bahannya
1kg Daging
- 1 Sudu besar lada hitam ditumbuk
- 2 biji cili masak dibelah dua
- halia sebesar ibu jari dihiris
- 4 ulas bawang merah di mayang
- 2 ulas bawang putih di mayang
- 2 batang serai diketuk
- 5 biji cili api diketuk
- 5 sudu besar kicap pekat tamin
- 3 sudu besar cuka
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 5 sudu besar minyak untuk menggoreng
- garam dan ajinomoto secukup rasa

caranya
  • Terlebih dahulu Daging direbus. Kemudian dipotong kecil-kecil.
  • Panaskan kuali, kemudian tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, lada hitam, kicap, cuka, cili api dan serai. Kacau rata dan tambahkan dgn sedikit air rebusan daging tadi. Gaul lagi hingga mendidih.
  • Sekiranya kuah menjadi kering, tambahkan lagi air rebusan daging tadi, kemudian masukkan bawang besar garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Bila kuah dah agak pekat sedikit, bolehlah dipadamkan api. 

23.Daging Berempah
Bahan-bahannya
300 gm daging
10 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
3 camca serbuk rempah kari
1 biji kelapa (¼ cawan dibuat kerisik)
2 cm halia
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
¼ cawan kerisik
2 sudu minyak makan
1 helai daun limau purut
Garam

caranya
  • Daging dicuci & potong ikut suka.
  • Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih dimayang halus.
  • Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bunga
    lawang & kayu manis. Bila bawang kuning,
    masukkan rempah, daging & santan cair.
  • Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak sampai pekat.
  • Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya jangan hangus

 24. Daging Masak Merah
Bahan-bahannya
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

caranya
  • Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
  • Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering.
  • Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
  • Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

25. Daging Goreng Lada Hitam
Bahan-bahannya
Daging (dihiris halus)
Lada hitam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia

Kesemua bahan di tumbuk.
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Bahan perasa

* Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut agakan puan-puan sendiri.
caranya
  • Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)
  • Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk.
  • Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar.

26 .Daging Goreng Cili Padi
Bahan-bahannya
Daging (dihiris nipis)500g
Cili padi 10 ulas
Bawang besar 3 biji
Halia 1/2 inci
Sos Tiram 2 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula sedikit(jika suka)
Cili merah potong menyerong
Limau kasturi 2 biji (jusnya)

caranya
  • Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar;
  • Daging digoreng hingga garing. Seeloknya daging batang pinang agar lembut. Setelah itu angkat;
  • Tumis bahan (1) di atas hingga garing;
  • Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.
  • Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi;
  • Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan.

27. Daging Masak Serai
Bahan-bahannya
Daging Masak Serai
1 kilo daging
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 batang serai
sedikit gula melaka
1 sudu budu
sedikit lada hitam
garam

caranya
  • serbuk perasa
  • bawang merah,putih dan halia dimayang halus
  • masukkan kedalam periuk bersama sama daging yang telah dihiris,
  • serai diketuk,masukkan air untuk dibuat kuah.
    masukkan semua bahan bahan tadi dan dibiarkan menggelegak.




28. Bergedel Goreng
Bahan-bahannya
125 gm daging cincang/kisar
5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya)
2 camca mentega
Garam & lada sulah secukup rasa
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji kuning telur
½ camca buah pala parut
Sedikit serbuk perasa
Putih telur dari 1 biji telur
Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa

caranya


  • Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca.
  • Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa.
  • Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega selebihnya dengan kentang yang telah dilecek.
  • Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak & putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola & leperkan sedikit.
  • Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu dalam putih telur & gorengkan.
  • Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya betul-betul di atas kertas dapur.
  • Hidangkan panas-panas dengan nasu putih


29. Bifstik Daging
Bahan-bahannya
600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya
Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih

Bahan-bahan digiling lumat:

1 camca teh lada putih
1 biji bawang besar
1 camca teh jintan manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia

caranya
  • Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar.
  • Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning.
  • Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.

30. Daging Masak Sambal Halia
Bahan-bahannya
½ kg Daging
½ inci halia (dihiris)
2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng)
1 ulas bawang besar (dihiris)
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula (secukup rasa)
Minyak (untuk menumis)
Bahan dikisar:
9-11 keping cili kering
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ½ inci halia


caranya

  • Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu hingga daging masak.
  • Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan kentang dan bawang besar.
  • Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat



 
31. Singgang Daging TerengganuHidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan500 g daging, tanpa lemak
Bahan-bahan A5 g (1 sudu makan) biji ketumbar           ditumbuk kasar
2 g (1 sudu teh) lada hitam

Bahan-bahan B
4 g (2 sm) lengkuas
4 g (2 sm) halia                dihiris
4 g (2 sm) kunyit
4 g ( 4 biji) cili kering, dipotong anggaran 2 sm dan dibuang biji
10 g daun kesom, tanpa batang
5 g (3 keping) asam keping
60 g (5 biji) bendi, dipotong tangkai dan hujung ekor
210 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 2.5 sm x 2.5 sm
3 g (1/2 sudu teh) garam
2 liter (8 cawan) air, untuk merebus daging

Cara memasak
  1. Daging dibersihkan dan dipotong nipis (1/2 sm - 3/4 sm).
  2. Rebus daging hingga empuk. Sekiranya daging tidak empuk, tambahkan air dan biarkan sehingga air rebusan menjadi 4 cawan. Masukkan bahan-bahan (A), (B), ubi kentang dan rebus lagi dengan api perlahan.
  3. Masukkan asam keping dan garam secukupnya.
  4. Bila mendidih, masukkan cili kering yang dipotong. Bila daging dan ubi kentang sudah cukup empuk, masukkan bendi, daun kesom dan kacau balik-balikkan.
  5. Bila bendi sudah agak masak, angkat dan hidangkan.
Berat satu hidangan: 280 g










32. Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang)
Hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit
10 g (10 biji) cili kering
200 g (20 ulas) bawang merah
15 g (3 ulas) bawang putih              (A) dikisar halus
10 g (2 sm) halia
10 g (2 sm) lengkuas
200 g kelapa parut dibuat kerisik
60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air
10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka
5 g (2 keping) asam keping
20 g (1 batang) serai diketuk
30 g (4 sudu makan) minyak sayuran
100 g (6 - 8 biji) cili hijau
250 ml (1 cawan) air
5 g (1 sudu teh) garam

Cara menyediakan kerisik



  1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan.
  2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan mengeluarkan minyak.
Cara memasak kerutup
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan asam keping sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat.
  3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa.
  4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat.
  5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang.
Berat satu hidangan: 160 g



33. Asam Pedas Sayur KeladiHidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi)5 g (2 sm) kunyit hidup       (A) 10 g (5 biji) cili padi           ditumbuk halus
80 g (4 sudu makan) tempoyak
20 g udang kering/geragau basah
2 g (2 keping) asam keping                                              Bahan (B)
3 tangkai daun kesom (pilih daun dan batang kecil)
10 g (2 sudu teh) garam
1250 ml (5 cawan) air

Cara memasak
  1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya.
  2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu.
  3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan.
  4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk.
  5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih.
  6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika.
  7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok.
  8. Angkat dan hidangkan.
Nota:
  1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak (masam/manis).
  2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai untuk hidangan rendah lemak.
Berat satu hidangan: 160 g





 
34. Daging Panggang ala KelantanHidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan1 kg daging tanpa lemak
30 g (6 sm) halia
80 g (8 ulas) bawang merah                              (A) ditumbuk halus
20 g (seketul besar ibu jari) kunyit hidup
70 g (3 batang) serai
20 g (4 sudu teh) lada sulah
10 g (2 sudu teh) garam

Untuk Hiasan5 helai daun salad
1/2 biji timun
1 biji tomato

Cara memasak
  1. Daging dicuci dan dipotong 5.
  2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam.
  3. Panggang daging sehingga masak.
  4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun salad dan sambal air asam.
Berat satu hidangan: 200 g
Sambal Air Asam
Bahan-bahan100 g (10 biji) cili merah
50 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 sm) halia  ditumbuk halus
30 g udang kering
20 g belacan
20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air
3 g (1/2 sudu teh) garam

Cara menyediakan
  1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam.
  2. Hidangkan dengan daging panggang.






35. Kerabu Mangga MudaHidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus
20 g (1 biji) bawang besar, dimayang
10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu
10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu
100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat
10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus
10 ml (1 sudu makan) cuka
10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi
5 g (1 sudu teh) garam
10 g (2 sudu teh) gula

Hiasan100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
Cara memasak1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul.
2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 80 g



 36. Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut


Bahan-Bahan:
Ayam ½ ekor
15 biji cili padi(ikut rasa)
kunyit hidup ½ inci
garam secukup rasa
bawang kecil 1 biji
serai 2-3 batang
Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak) 
Cara:
Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau.
Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak.
tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba...

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam.
Tambahan:
Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuih semakin pekat..jika tempoyak baru dan dibuat oleh orang jerantut..lagiiiii..kaw..percayalah.. 





 37. Begedil Istimewa


Bahan-Bahan:
10 keping roti gardenia (direndam dgn sedikit air masak)

2 Biji telur ayam (di pukul dgn sedikit garam)

Bahan A
5 tangkai lada merah segar
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Daun sup
Daun bawang
Bahan B
daging ayam / lembu yang di kisar

garam secukup rasa
minyak masak
Cara:
Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam.

apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali.

balut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.
Tambahan:
pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana.





 38. Asam Pedas Ayam


Bahan-Bahan:
½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air
10 tangkai cili kering, digiling
6 biji bawang merah, digiling
1 sm halia, digiling
Sedikit belacan, digiling
4 tangkai cili merah, digiling
2 ulas bawang putih, digiling
1 sm kunyit basah, digiling
Cara:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.





 39. Ayam bakar enak


Bahan-Bahan:
3 camca besar minyak masak
Sedikit garam
1 ekor ayam
1 camca besar perahan limau nipis
500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Bahan dikisar:
8 biji cili merah
2 batang serai
1 cm kunyit
8 biji bawang merah

Disangrai dan ditumbuk:
1 camca teh jintan putih
1 camca teh lada hitam
4 biji buah keras
Cara:
Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.







40. Ayam Berempah


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis
Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
Cara:
Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja






ANEKA NASI

1. Nasi Ayam Hainanese
Bahan-bahannya

4 tin susu beras
2 helai daun pandan
2 sudu mentega
Daun salad
Timun

Sup Ayam:
4 ulas bawang putih }
2 inci halia } kisar
1 ekor ayam
Garam
Bahan kisar:
8 ulas bawang putih
4 inci halia

Sos cili:
10 batang cili merah
air limau kasturi
Gula

caranya
  • Ayam yg telah direbus dipotong 4. Gaul dengan kunyit/tepung jagung/garam lalu goreng dlm minyak penuh.
  • Panaskan periuk tumis bahan kisar.
  • Bila garing masukkan daun pandan & beras bersama 4 tin susu dari sop ayam. Biar nasi masak. Bila dah masak ratakan dengan mentega & garam.

2. Nasi Ayam Istimewa
Bahan-bahannya
Beras (mengikut sukatan sendiri)
Daun pandan
2 kiub pati ayam
2 biji bawang besar
Bunga lawang/cengkih/buah pelaga/kayu manis
1 senduk majerin - untuk menumis
Halia sebesar ibu jari

caranya
  • Basuh beras dan toskan nya.
  • Panaskan marjerin dan tumis bawang/daun pandan/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga dan kayu manis sehingga naik wangi.
  • Kemudian masukkan beras goreng sebentar Setelah itu masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam.
  • Akhir sekali masukkan sedikit garam.

3. Nasi Tomato
Bahan-bahannya
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos

caranya
  • Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.
  • Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  • Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih.
  • Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.

4. Nasi Goreng Cina
Bahan-bahannya
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa

caranya
  • Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.
  • Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau.
  • Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.
  • Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.


5. Beriani Johor
Bahan-bahannya
8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (mesin)
3 batang cili hijau
10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang

caranya

  • Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air.
  • Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
  • Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.
  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.
  • Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.Biarkan mendidih, didikuti dengan
    memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.
  • Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.

6. Nasi Biryani Gam
Bahan-bahannya
Bahan-bahan (Untuk nasi) 
5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri)
1 cawan ghee (minyak sapi)
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
setengah sudu teh koma koma (saffron)
6 ulas bawang putih -hiris halus
10 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
5 sudu makan rempah beriyani (pes)
Segenggam gajus
Segenggam raisins
5 cawan air
Garam secukup rasa

(*cawan = cawan kopi)
Bahan-bahan untuk lauk: 
1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm
5 biji kentang (belah dua)
8 biji telur rebus keras
Setengah cawan ghee (minyak sapi)
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
5 ulas bawang putih - kisar
10 ulas bawang merah - kisar
1 inci halia - kisar
6 sudu makan rempah beriyani (pes)
Segenggam gajus
Segenggam raisins
Air - cover daging + 1 - 2 cawan extra
Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt
Garam secukup rasa
1 atau 2 sudu makan tomato puri

caranya
Cara memasak nasi:
  • Pijarkan minyak sapi
  • Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
  • Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
  • Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
  • Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
  • Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
  • Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak

Cara memasak lauk:

  • Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
  • Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
  • Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan.
  • Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
  • Masukkan bahan bahan lain dan 3 - 4 cawan air lagi. Kacau rata.
Peralatan: 

Alat kukusan
Kain muslin, untuk mengalas kukusan
Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
Kanji/perekat (masak tepung kanji)

Cara:
  • Masukkan lauk yang separa masak kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata.
  • Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
  • Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan
  • Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
  • Celupkan kain kapas dengan kanji
  • Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape.
  • Letak atas api yang perlahan
  • Masak sehingga lebih kurang 1 jam
  • Buka lilitan dan buka tutup pengukus
  • Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now.
  • Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.Tambah air untuk lauk jika perlu.

7. Nasi Dagang
Bahan-bahannya
1 cawan pulut
3 cawan beras
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil halba

caranya
  • Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam sehari semalam.
  • Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga masak. Angkat, gaulkan dengan santan yang telah dimasukkan garam.
  • Gaul dengan bahan yang dimayang dan halba. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak.
  • Angkat dan hidangkan.


Nasi Dagang
Hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan1 kg beras merah (beras nasi dagang)
250 g (1 cawan) kelapa parut
100 g (2/3 cawan) susu tepung rendah lemak
100 g (10 ulas) bawang merah, dimayang
10 g (2 sm) halia, dihiris nipis dan halus
10 g (2 sudu teh) garam                                 
10 g (2 sudu teh) gula
15 g (3 sudu teh) halba
Cara memasak

  1. Rendam beras selama 2 hingga 3 jam.

  2. Toskan airnya dan kukus sehingga masak.
  3. Perah kelapa parut bersama air untuk mendapatkan 1 gelas santan pekat dan 1 gelas santan cair.
  4. Bancuh susu tepung rendah lemak ke dalam santan cair.
  5. Angkat kukusan berisi nasi dan gaulkan nasi bersama bahan-bahan (A) dan santan sehingga rata.
  6. Kukus kembali nasi sehingga kukusan berwap.
  7. Angkat dan hidangkan bersama lauk.
Cadangan:  Enak dimakan bersama lauk (kerutup ayam) dan acar timun.
Berat satu hidangan: 200 g
Kuah Nasi Dagang Original
Bahan-Bahan:
1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu besar Gula merah, 10 lada besar (hijau+merah), segengam cili api, 15 biji asam belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji)
Minyak masak secukupnya

Bahan A(Rendam dan blend)
=> 3 sudu besar Ketumbar
=> 3 sudu besar Jintan Manis
=> 5 biji Buah keras
=> 1 sudu besar Lada hitam



Bahan B ( Hiris halus + Blend)
=> 2 inci Halia
=> 2 inci Lengkuas
=> 1 mangkuk Bwg merah
=> 2 labu Bwg putih
=> 3 kotak Belacan (kotak kecil)

Bahan C (rendam dgn air panas + blend)
1 mangkuk cili kering
Cara:
Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali). Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering.

Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya.

Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi.

Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato. Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air.

Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama dgn nasi dagang. Sedaaap. Cubalah. Anda pasti suka.
Tambahan:
Ingat waktu menumis amat penting. Bahan A mesti benar2 harum, kemudian masuklah bahan B. Biar betul2 kering dan harum baru masuk bahan C.

Acar Timun (untuk nasi dagang)Hidangan untuk 10 orang
Bahan-bahan500 g (2 biji kecil) timun
150 g (1 biji) lobak merah
120 g (2 biji) bawang besar
20 g (2 ulas) bawang merah
50 g (5 sudu makan) cuka
60 g (3 biji) cili merah
5 g (1 sudu teh) gula
3 g (1/2 sudu teh) garam

Cara memasak

  1. Timun dibuang kulit dan dipotong nipis-nipis.

  2. Lobak merah dihiris halus (memanjang) atau diparut.

  3. Bawang besar, bawang merah dan cili dimayang halus.

  4. Gaul kesemua sayur-sayuran di atas ber sama cuka, gula dan garam.

  5. Hidangkan bersama nasi dagang.
Berat satu hidangan: 80 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:
Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron
311 kcal
11.9 g
5.5 g
64 mg
2 mg
3.1 mg


 ♦ ♦ ♦ ♦ ♦
 Nasi Dagang Putih
Bahan-Bahan:
7 tin susu beras
1 tin susu beras pulut
6 ulas bawang merah (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
1 sudu makan halba
Garam secukup rasa
Cara:
Campur beras dan beras pulut kemudian dibasuh dan direndam selama 2 jam. Kelapa diambil 2 cawan santan pekat dan 4 cawan santan cair. Beras yang telah direndam kemudian ditoskan airnya dan dikukus hingga separuh kembang, angkat masukkan santan cair dan gaulkan rata dan dikukus sekali lagi. Kemudian diangkat masukkan santan pekat, bawang, halia, halba dan garam secukup rasa sambil digaulkan rata. Kukuskan semula hingga sebati kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.


 ♦ ♦ ♦ ♦ ♦
 Nasi Dagang Terengganu Asli

Bahan-Bahan:
1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
Garam sedikit rasa
Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair

Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat
Cara:
Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan.

Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.

Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati.
Nasi tidak perlu dikukus lagi 
Cadangan Hidangan:
Hidangkan dengan kuah nasi dagang
Tambahan:
Nasi dagang juga sedap dimakan bersama dengan acar timun






8. Nasi Goreng Kerabu
Bahan-bahannya
2 cawan beras(ditanak)
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili api-ditumbuk
Isi ayam dipotong kecil
Ikan bilis - digoreng terlebih dahulu
1 batang serai-dimayang halus
1 batang bungan kantan - dimayang
1 helai daun kunyit - dimayang
Seikat kacang panjang - dihiris
sedikit garam

caranya
  • Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
  • Apabila sudah garing masukkan ayam dan biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi dan kacau.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang. Kacau hingga rata dan hidangkan.

9. Nasi Lemak
Bahan-bahannya
Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)
Garam secukup rasa
Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kerin (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat

caranya
Untuk memasak nasi:
  • Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya.
  • Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
    Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.
  • Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai.
  • Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.

10. Nasi Pilaf Ayam
Bahan-bahannya
½ ekor ayam (dipotong sederhana besar, dibersih dan dilap kering)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
1 sudu besar minyak masak
50 gm mentega atau minyak sapi
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu teh serbuk jintan putih
3 cm kulit kayu manis
6 biji pelaga
250 gm beras panjang
Air secukupnya
½ sudu teh serbuk kunyit
1 kiub pati rebusan
2 helai daun salam
Sedikit kismis
Sedikit kepingan badam goreng

caranya
  • Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit di dalam mangkuk hingga ia sebati. Panaskan minyak masak bersama mentega atau minyak sapi di dalam kuali.
  • Goreng hingga kekuningan. Ketepikan. Panaskan minyak goreng ayam tadi di dalam periuk.
  • Tumis bawang besar hingga layu baru masukkan bawang putih bersama serbuk jintan putih, kulit kayu manis, pelaga dan cengkih. Goreng hingga ia terbit bau. Masukkan ayam goreng, tutup periuk. Perlahankan api, biar ia 15 minit sambil dikacau sekali-sekala.
  • Masukkan beras bersama air (sukatan seperti masak nasi biasa), serbuk kunyit, pati rebusan ayam dan daun salam. Biar hingga ia mendidih. Apabila kering airnya, tutup periuk. Perlahankan api. Biar ia 15 minit.
  • Masukkan kismis. Biar hingga nasi lembut. Kelurkan daun salam. Biar nasi kering. Hidang nasi di dalam pinggan. Tabur badam goreng di atasnya.

11. Nasi Kurma Ayam

Bahan-Bahan:
4 ketul paha ayam sederhana besar (potong 2)
2 tin susu beras
1 setengah tin susu air
Setengah gelas susu cair
3 sudu makan rempah kurma
4 sudu makan minyak sapi
Sedikit bawang goreng.
Bahan A
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 inci halia (tumbuk)
1 labu bawang besar (hiris)
sedikit kulit kayu manis, cengkih, bawang besar

Daun pandan
sedikit minyak masak
Cara:
1.Perap ayam dengan rempah kurma bersama garam,gula selama 1 jam. jangan terlalu garing.
2. Panaskan minyak sapi dengan minyak masak. Goreng ayam.
3. cara masak nasi. Panaskan minyak lebihan goreng ayam dalam periuk.
4. Tumis bahan A bersama dengan kulit kayu manis,cengkih hingga kekuningan
5. Masukkan air,susu cair, daun pandan. Biar menggelegak. Masukkan garam,gula.
6.Masukkan beras. Bila beras agak kering, masukkan ayam dan bawang goreng.Kecilkan api dan masak nasi macam biasa.
Cadangan Hidangan:
Enak dimakan bersama sos lada set sos kicap nasi ayam dan acar timun.
Tambahan:
Peha ayam boleh diganti dengan kepak ayam dan susu cair boleh diganti dengan susu segar.



 12. Nasi Tomato Bonda

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato:
1.Tomato (dicincang dadu)
2.Tomato Puree (satu tin kecil)
3.Halia (dikisar halus)
4.Bawang Besar dipotong Dadu (2 Labu)
5.Minyak Masak
6.Marjerin
7.Rempah Tumis
8.8 pot Beras
9.Sedikit Daun Pandan.
10.Sedikit air
11.Garam
12.Serbuk Perasa
Bahan-Bahan untuk Membuat Ayam Masak Merah Madu:
1.Ayam yang telah digoreng.
2.Halia (dikisar)
3.Bawang Putih 1 Labu dan Bawang Merah 2 Labu dikisar bersama
4.2 camca besar Madu
5.Sos Tomato
6.Cili kering dikisar
7.Sedikit Minyak Masak
8.Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah (sekadar hiasan)
9.Garam
10.Serbuk Perasa
11.Gula
12.Air
Cara:
Cara-Cara Memasak Nasi Tomato:
1.Panaskan sedikit minyak masak di campur dengan Marjerin.
2.Setelah panas,masukkan rempah tumis.
2.Selepas itu,masukkan pula halia dan bawang besar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu dan sedikit air bagi membolehkan tomato tadi sedikit hancur,garam dan sedikit serbuk perasa.
4.Masukkan pula tomato puree.
5.masak sampai pes untuk nasi tomato tadi sedikit hancur.
6.setelah pes tadi kelihatan hancur masukkan pula beras yang telah dicuci ke dalam pes tadi.
7.Masukkan pula air mengikut sukatan beras dan daun pandan.
8.Tunggu Nasi Tomato tadi sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Cara-Cara Memasak Ayam Masak Merah Madu:
1.Panaskan Minyak
2.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan cili kisar.
4.kacau sampai kelihatan garing dan naik bau.
5.masukkan sos tomato dan madu,sedikit serbuk perasa,gula,garam dan air.
6.masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7.gaul sehingga sebati.
8.Akhir sekali Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah untuk hiasan hidangan ayam masak merah madu tadi.
Tambahan:
Boleh dihidangkan bersama-sama Rendang Daging, Kari Ayam, Acar Nenas dan lain-lain mengikut kesesuaian citarasa anda.


13. Nasi Goreng Campuran

Bahan-Bahan:
1 pinggan nasi putih
2 biji telur
1 ketul ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah ] ditumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu teh cili giling
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar kicap
Sedikit kubis
2 batang sawi
Sedikit kacang peas
½ biji timun dicincang halus
2 sudu besar minyak kelapa
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan cili giling. Setelah garing, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacaukan.

Setelah itu masukkan ayam, tomato sos, kicap, garam dan ajinomoto. Gorengkan lagi dan masukkan pula kubis dan sawi yang telah dipotong.

Akhir sekali barulah masukkan nasi dan gorengkan rata-rata. Apabila sudah masak, bubuhkan dalam pinggan dan taburkan dengan kacang peas dan timun



 14. Nasi Beriani

Bahan-Bahan:
600 gm beras wangi (Bismathi)
20 gm bawang putih (dimayang)
50 gm bawang merah (dimayang)
20 gm halia (dimayang)
5 gm kulit kayu manis
5 gm buah pelaga
5 gm bunga cengkih
5 gm bunga lawang
2 helai daun pandan
½ tin minyak sapi
30 gm lobak merah (dipotong dadu)
30 gm daun sup
20 gm kacang pis
Pewarna kuning (bahan untuk kekuningan)
Garam secukup rasa
Susu cair secukup rasa
Cara:
Cuci beras terlebih dahulu. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit
kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, sehingga garing. Masukkan susu & daun pandan, garam (secukup rasa), serta sedikit air. Setelah nasi masak, masukkan pewarna kuning, lobak merah, daun sup & kacang pis.


15. Nasi Bukhari

Bahan-Bahan:
4 tin susu beras
4 tin susu air
1 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng hingga masak)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
4 sm halia (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (digiling)
10 ulas bawang putih (digiling)
8 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
7 biji buah badam
3 biji buah tomato
2 camca besar jintan manis
4 camca besar ketumbar
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa
Cara:
Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling hingga lumat. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling lumat. Bawang besar dan tomato dimayang bulat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan rempah yang telah digiling bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato. Setelah itu masukkan ayam goreng sambil dikacau hingga rata. Masukkan susu cair, air dan daun pudina serta garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah hingga kering.


16. Nasi Goreng Cendawan

Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih
2 biji telur
2 ketul ayam dipotong sederhana
5 ulas bawang merah ] ditumbuk
2 ulas bawang putih ]
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (ikut suka)
5-7 cili api-dipotong tengah/bulat
Baby corn dipotong bulat
8 keping cendawan (dibelah 2/3 setiap keping mengikut sesesuaian)
½ tin cendawan bulat (sekiranya mahu)
2 batang sawi (sekiranya mahu)
½ biji timun dipotong-untuk hiasan
Sedikit kacang peas-untuk hiasan
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan cili api.

Setelah garing, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacau dan jangan terlalu lama.

Setelah itu masukkan ayam, kacau, sos tiram, kicap, garam, gula dan ajinomoto(jika mau).

Gorengkan lagi dan masukkan pula cendawan, baby corn dan sawi yang telah dipotong. Akhir sekali barulah masukkan nasi dan gorengkan rata-rata.

Apabila sudah masak, letak dalam pinggan, letak lada putih dan taburkan dengan kacang peas dan timun.


17. Nasi Kerabu

Bahan-Bahan:
2 tin susu beras
2½ tin susu air
1 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah
Sedikit kelapa parut
1 ekor ikan kembung bakar
Bahan untuk ulam:

Sedikit kacang panjang
Sedikit daun kunyit
Sedikit taugeh
(Kesemuanya dimayang halus)
Cara:
Beras dibersihkan kemudian ditanakkan hingga masak dengan 21/2 tin susu air.

Ikan kembung panggang diambil isinya kemudian ditumbukkan hingga lumat bersama lada hitam, bawang merah dan kelapa parut. Tambahkan garam secukup rasa setelah itu gorengkan tanpa minyak hingga kering kemudian diangkat ketepi.

Gaulkan nasi bersama bahan ulam serta sambal kelapa ketika menghidang.


18. Ketupat Daun Palas

Bahan-Bahan:
1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah
3 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya
Cara:
Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.

Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.

Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.

Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.



 19. Ketupat Nasi

Bahan-Bahan:
1 gantang beras
Kelongsong ketupat (siap dianyam)
3 helai daun pandan
Cara:
Basuh dan tuskan. Isi kelongsong ketupat dengan beras dalam sukatan suku daripada kelongsong.

Rebus ketupat lebih kurang 3 jam. Angkat, sejukkan dan hidangkan dengan kuah kacang.


20. Lemang Pulut Hitam

Bahan-Bahan:
1 kg pulut hitam
6 batang buluh lemang
Daun pisang muda
5 biji kelapa (ambil santannya)
Garam
Cara:
Basuh pulut hitam dan sejat airnya hingga kering.

Bersihkan bahagian dalam buluh dan masukkan daun pisang muda mengikut ukuran buluh.

Masukkan pulut hitam dan tuang santan bergaram di dalamnya.

Bakar menggunakan api perlahan hingga lemang masak.


21. Lemang Pulut Hitam

Bahan-Bahan:
1 kg pulut hitam
6 batang buluh lemang
Daun pisang muda
5 biji kelapa (ambil santannya)
Garam
Cara:
Basuh pulut hitam dan sejat airnya hingga kering.

Bersihkan bahagian dalam buluh dan masukkan daun pisang muda mengikut ukuran buluh.

Masukkan pulut hitam dan tuang santan bergaram di dalamnya.

Bakar menggunakan api perlahan hingga lemang masak.


22. Lontong

Bahan-Bahan:
2 cawan beras (dikosek & ditoskan)
4 cawan air mendidih
Cara:
Masukkan beras dalam air hingga kembang. Angkat & isikan ke dalam sebuah talam empat persegi tepat atau bujur.Letakkan suatu daun pisang di atasnya & tekankan hingga nasi itu mampat & rata. Letakkan suatu benda berat di atasnya & biarkan hingga nasi sejuk. Keluarkan & potong bentuk dadu besar-besar Hidangkan dengan satay & sambal kacang atau dengan sayur ladeh.Enak juga jika dihidangkan dengan sambal udang atau sambal Goreng Hati.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja


23. Nasi Ayam Goreng

Bahan-Bahan:
3 camca besar minyak
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 peket perencah nasi goreng Maggi
150 gm ayam tanpa tulang (didadu)
Sedikit bawang goreng
100 gm udang tanpa kulit (didadu)
½ cawan kacang pis
2 ½ cawan nasi ayam
1 biji telur ayam
Hirisan cili merah
Cara:
Tumis bawang putih di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Masukkan perencah maggi dan goreng sehingga selama 3 minit.

Masukkan pula nasi dan goreng sehingga ia masak.Tolak nasi ke sebahagian kuali dan masukkan telur.

Masak telur sehingga ia beku dan gaul sehigga sebati. Hias dan hidangkan.


24. Nasi Air

Bahan-Bahan:
1pot beras

Bahan A:
3ketul ayam
4ulas bawang merah (ditumbuk)
2ulas bawang putih (ditumbuk)
½ inc halia (ditumbuk)
dua gelas air
garam, perisa* secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Bahan B:
50grm bawang goreng
100gram ikan bilis goreng (bilis halus)
5biji cili api (dipotong-2)
4btg daun sup (dipotong-2)
5potong lobak masin (dipotong-2) 
Cara:
1) masak nasi hingga menjadi bubur;
2) tumiskan bahan2 yg ditumbuk hingga wangi, masukkan ayam, gaul-2kan, masukkan air dan garam, masak hingga mengeledak,keluarkan ayam dan potong kecil-2;
3) sendukkan nasi yg lembik tu kedalam mangkuk, ayam yg dipotong tadi,bahan-2 B dan kuah sup tadi.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang pada bila-bila masa yg digemari, sesuai untuk org-2 yang demam dan kanak-kanak
Tambahan:
*perisa-jika perlu sahaja.


25. Nasi Aneka Ragam

Bahan-Bahan:
1 kg beras basmathi
200 gm isi ayam, dipotong kecil-kecil
200 gm udang kasar
200 gm isi ikan merah
200 gm sotong, dipotong bulat
50 gm daun pudina
2 helai daun pandan
200 gm lobak merah, didadu kecil-kecil
200 gm kacang hijau
1 liter air rebusan ayam
100 gm bawang goreng
Sedikit pewarna hijau, kuning dan merah
15 gm kuma-kuma, direndam didalam air sejuk
250 gm minyak sapi
Garam secukupnya

Bahan-bahan digoreng bersama minyak:
150 gm gajus
150 gm kismis
150 gm badam

bahan-bahan dimayang:
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia
Cara:
Panaskan minyak. Tumis daun pandan dan bahan-bahan mayang hingga kuning. Masukkan air rebusan. Biar mendidih baru dimasukkan garam. Masukkan beras. Kacau dan tutup periuk. Biar 3 hingga 4 minit baru dibuka semula. Kacau hingga hampir kering. Perlahankan api. Masukkan isi ayam, udang, sotong, daun pudina, lobak merah, kacang hijau, biji gajus, kismis dan badam. Tutup dan biarkan 2 hingga 3 minit. Masukkan bawang goreng dan renjis kuma-kuma yang diwarnakan hijau, kuning dan merah. Tutup periuk dan biar hingga betul-betul masak.


26. Nasi Ayam Beraroma

Bahan-Bahan:
Bahan asas:
Beras 3 pot susu

Bahan-bahan untuk dijadikan
air rebusan ayam:
½ ekor ayam dipotong 2 bahagian
1 kiub stok ayam
5 ulas bawang putih
1 inci halia (ditumbuk bersama dengan bawang putih dan dijadikan 2 bahagian)
Air anggaran 1 periuk

Ayam Goreng Hitam:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan untuk dibuat sup:
Air rebusan ayam dari ½ periuk
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
3 ulas sedang bawang merah
1 labu bawang besar (dijadikan bawang goreng - dihiris nipis-nipis dan digaul bersama tepung gandum)
1 tangkai daun sup
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam
Ulam-ulaman:
2 pohon daun salad/boleh gunakan daun salad bulat
1 biji tomato mekar
1 biji mentimun muda

Sos halia (dikisar halus)
½ inci halia muda
2 biji cili merah
secubit garam
sedikit sos cili
Cara:
1. Ayam direbus bersama stok ayam, halia, bawang putih. Tunggu hingga ayam empuk. Keluarkan ayam dan diperap bersama sos tiram dan kicap manis. Ketepikan (goreng ayam dalam minyak yang tidak terlalu panas).

2.Basuh beras dalam rice cooker dan gunakan 1/2 air rebusan ayam untuk memasak nasi.Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan garam 1/2 sudu teh. Tunggu sehingga nasi mendidih dan agak kering, baru masukkan 2 sudu minyak sapi dan 2 sudu minyak masak. Kacau dan tunggu hingga masak.


27. Nasi Ayam Hainam/Hainan Chicken Rice

Bahan-Bahan:
Bahan A
1 ekor ayam/1whole chicken (1.5kg)
500g beras makan/rice
Bahan B
2cm halia/ginger
4 ulas bawang putih/shallot
2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan serbuk pati ayam/chicken stock
cacah/gravy
5 biji lada hidup/fresh chili
10 biji bawang putih/shallot
3 sudu makan cuka/vineger
3 biji limau kasturi/lime
gula secukupnya/sugar 
Cara:
AYAM:
Bersihkan ayam bulat dan di gantung selama 30min sehingga kering sikit.Masakan air 3/4 dalam belanga besar(cukup masukan ayan tadi).Masukkan ayam tadi kedalam air yang mendidih, kecilkan apinya dan masakan dalam 40min.
Selepas masak sediakan basin yang penuh dengan Ais Batu dan Ayer.Masukan ayam tadi kedalamnya dan rendamnya selama 5min lepas itu di gantung untuk buang segala airnya (Air yang sejuk penuh ais dapat membekukan lemak ayam bila di makan nanti tidak berapa kering)
Nasi:
Bersihkan beras makan dan dikeringkan,Tumis Bahan B dengan api kecil dan seterusnya masukan beras tadi dan di gaul sehingga sebati.Masukan ke periuk masak nasi dan masak seperti masak nasi biasa. 
Cadangan Hidangan:
Bagi Cacah
Bersihkan lada dan masukan dalam blender,masukan cuka gula dan air kasturi dan sedikit air dan garam..lepas tu blender lah....
Tambahan:
(Air yang sejuk penuh ais dapat membekukan lemak ayam bila di makan nanti tidak berapa kering)
(Beras kalau ingin yang lebih lazat gantikan ayer masak dengan air masak ayam dan masukan 5 helai daun pandan) 


28. Nasi Ayam Madu

Bahan-Bahan:
4 cawan beras
1 ekor ayam (dipotong 6)
2 paket sup bunjut
1 ½ inci halia
4 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih
5 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
3 liter air
sedikit garam dan serbuk perasa 
Cara:
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah kuning, masukkan air, sup bunjut dan ayam. Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga ayam empuk.
Setelah masak, keluarkan ayam dan perap bersama madu dan kicap manis. Sebahagian dari sup tadi dicampurkan bersama beras yang telah dibersihkan lalu dimasak seperti biasa.
Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang sedikit. Setelah masak, potong ayam kepada bahagian yang keci


29. Nasi Ayam Ori Kelantan Style

Bahan-Bahan:
Seekor ayam, dibersihkan dan dipotong 8
Beras 3-4 cawan
Selabu bawang putih, ditumbuk halus
8 tangkai cili merah, dibuang biji (boleh masukkan biji kalau mahu pedas)
Garam secukup rasa
Pewarna kuning, jika mahu
Daun salad
4 biji tomato
1 batang timun
Kicap pekat
Bawang goreng
Daun bawang, dipotong halus
Gula sedikit
Cara:
Rebus ayam hingga empuk.
Simpan air rebusan.
Ayam tadi diperap dgn bawang putih dan kicap pekat. Ketepikan.

Cuci beras bersih-bersih.
Air rebusan ayam tadi dibahagi dua dan satu bahagian dimasukkan ke dalam nasi untuk ditanak.
Tambah dengan air biasa agar nasi masak sekata.
Tambah setitik dua pewarna kuning kalau mahu.

Blend cili dgn 2 biji tomato. Masukkan garam secukup rasa dan gula sedikit.
Tambah sedikit air rebusan ayam, 3-4 sudu makan agar bertambah sedap.
Ketepikan.

Air rebusan ayam yang tinggal bolehlah dibuat sup dengan ditambah daun bawang, bawang goreng dan garam secukup rasa.

Ayam yang diperap tadi bolehlah digoreng secara deep fried. Berhati-hati kerana ayam yang direbus menyimpan banyak air.
Lebihan kicap yang diperap ayam itu bolehlah dibuat sos kicap begitu sahaja.
Cadangan Hidangan:
Cuci daun salad, hiris tomato dan timun. Hidangkan bersama apabila ayam telah digoreng dan nasi sudah masak.


30. Nasi Beriani Ketam

Bahan-Bahan:
1 kg ketam - ambil isinya, air rebusan diasingkan
1 kg beras basmati
1 kg air
1 tin minyak sapi
2 sudu besar rempah beriani
3 tangkai cili merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
Garam secukup rasa
Sedikit koma-koma - rendam ambil airnya
½ tin susu cair
2 sudu kecil puri tomato
½ botol air mawar
2 helai daun pandan
3 cm kulit kayu manis (bahan tumis)
4 kuntum bunga cengkih (bahan tumis)
3 biji buah pelaga (bahan tumis)
1 labu bawang besar - dihiris (bahan tumis)
4 ulas bawang merah - dihiris (bahan tumis)
3 ulas bawang putih - dihiris (bahan tumis)
Sedikit gajus dan kismis - bahan tumis
Cara:
Panaskan periuk, cairkan minyak sapi, tumis bahan tumis dan bahan kisar hingga garing. Masukkan air rebusan ketam, puri tomato, susu, air mawar dan daun pandan. Biarkan mendidih masukkan beras. Apabila hampir kering renjiskan koma-koma dan kacau. Akhir sekali masukkan isi ketam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...