MENU

Monday, May 31, 2010

KES BUANG BAYI


DALAM DUNIA HAIWAN TIADA MANUSIA TETAPI DALAM DUNIA MANUSIA ADA HAIWAN

ISNIN - 31 MEI 2010

Negara digemparkan lagi dengan kes-kes pembuangan bayi mutakhir ini. Lebih menggemparkan lagi, kes dilaporkan bergerak secara bertali arus. Selepas satu kes dibongkar, muncul pula satu lagi kes. Apakah makna semua ini?

Apa lagi yang henndak dibicarakan? Semuanya adalah kerana sistem yang digunapakai adalah sistem yang menyalahi hukum-hakam Allah. Apa lagi yang nak dipelikkan? Semua ini adalah rona-rona yang 'wajib' berlaku kerana tidak mengikut acuan Ilahi. Ini sama sekali menjelaskan sistem yang digunapakai pada masa kini adalah sistem yang mengundang segala permasalah hidup, sistem yang tidak mengikut acuan hukum Allah, dan jelas sekali sistem yang gagal lagi menggagalkan.


Justeru, muncul pula golongan yang prihatin dengan membuat kempen yang menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu ini. Manakala pihak polis pula menubuhkan pasukan khas bagi isu ini. Namun, sejauh manakah penyelesaian yang dapat digarap daripada usaha-usaha ini? Adakah ini yang dituntut oleh Allah SWT untuk menyelesaikan masalah yang semakin membelit kehidupan umat?

Sekiranya usaha yang kita lakukan tidak menurut apa yang dinyatakan oleh Allah SWT, sudah tentulah usaha tersebut boleh disifatkan usaha yang tidak menyeluruh, bahkan usaha yang sia-sia. Ini adalah kerana segala yang dimaktubkan oleh Allah SWT adalah penyelesaian yang menyeluruh dan mendasar kepada akar umbi setiap masalah.

Maksud firman:
Katakanlah:
"Sesungguhnya aku berada di atas hujjah yang nyata (Al Quran) dari Tuhanku, sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa (azab) yang kamu minta supaya disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik." [al-An'aam:57]



Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini, kita hanya perlu merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Kerana inilah sumber hukum umat Islam yang akan memberikan kebahagiaan kepada setiap golongan manusia tanpa mengenal Islam, kafir, muda, tua, miskin, mahupun kaya.

Justeru, sudah tentu penerapan hukum-hakam Allah wajib dilakukan oleh pemerintah. Hal ini tertaklif (terbeban) kepada pemerintah. Wahai pemerintah! Terapkanlah Islam dalam urusan kehidupan. Apakah yang kalian akan jawab dihadapan Allah kelak apabila disoal oleh bayi-bayi malang ini?

Tuntasnya, segala permasalahan yang berlaku adalah natijah daripada sistem yang diambil daripada penjajah kufur British. Inilah sebab dan akibat daripada menggunapakai sistem yang kotor lagi busuk. Sehinggakan bayi comel yang tidak berdosa turut menjadi mangsa kekufuran sistem Barat ini!









No comments:

Post a Comment